Menegur-Ditegur-Tertegur

'sorang xpakai tdung,sorang lagi pakai tudung tapi lengan pendek!'

terpana-terkejut-termalu-termarah dan mcm2 ter lagi yg kami rasa..
klau diikutkan hati, mahu saja kami menjawab. balas sedas dua. baru pakcik tahu langit tinggi atau rendah! bila diceritakan kpd mak dan ayah, bukan smpati yg diberi tapi ketawa yg xsudah2.hmm..makin panas hati neyh ;) bila kisah ini dikhabarkan kepada nenek di kampung, dengan xbersalahnya mek cakap 'itu tandanya dia sayangkan kakak' what?? suhu hati tiba2 turun dari 100 degree ke 0 degree! nk tergelak terbahak-bahak bila mek ckap camtu..syg apanya mek..itu perli tahap maksimum ar..yg pakcik tu nak sibuk sangat kitorang punya pakaian tu knp? tahu lar anak2 dia tu stok budak2 baik..tapi pendapat dan kata2 tu kitorang pendamkan jer..huhu

Rasanya hampir 4-5 tahun juga peristiwa kena sembur tu berlaku..dan akhirnya, baru sekarang saya faham maksud sayang yang dmaksudkan mek.hmm.yup!bila melihat keadaan mungkar yang berlaku di depan mata,apa lagi kalau melibatkan orang2 yg kita kenal+ sayang, hati dipaut dengan rasa sedih. mahu diluahkan, takut mereka terasa atau menjauhkan diri. kalau di diamkan, rasa bersalah dan salah melekat di hati sebab membiarkan mereka 'hanyut'..

Saranan Nabi s.a.w, tegurlah dengan hikmah..namun, terdetik persoalan di hati, hikmah yg mcm mana yer?kata seorang sahabat, cara teguran kita mestilah sesuai dengan keadaan ataupun personaliti seseorang itu. betul jugak. katakanlah kita nak menegur mat rock, kalau kita pergi terus dekat dia dan buka ayat2 Qur'an, mahu lari lintang-pukang mamat tu..huhu. Lagipun, semua orang kan berbeza. jadi tahap penerimaan seseorang juga berlainan.

Pernah juga seorang kawan mengadu dia diperli oleh sekelompok sisters bertudung labuh hanya kerana selendang yg dipakainya singkat. Di sini, saya bukan nk menyalahkan teguran sisters tersebut. Teguran mereka, ada benarnya. Tapi mungkin cara sisters tersebut menegur/memerli amatlah kurang sesuai. Sudahnya, kata-kata tersebut bukan sahaja tidak meninggalkan kesan positif kepada kawan saya, tetapi perkara sebaliknya berlaku bila dia mula mendapat persepsi negatif terhadap golongan tersebut. :(

Sememangnya, xsalah untuk menegur. Kan dah memang sifat semula jadi manusia yg mudah lupa, alpa dan leka terutama kalau disibukkan dengan urusan duniawi. Cuma teguran yg diberi harus kena pada masa dan tempatnya, susunan kata dan nada suara harus diambil kira agar teguran yg diberi xkan disalah erti sebagai sindiran..Takut2 nanti apa yg cuba disampaikan di salah fahami..Jadi, disini saya ingin berkongsi sedikit panduan menegur yg diperoleh dari blog yg saya baca. Moga membantu..
  1. tidak merendahkan ego orang yang ditegur
  2. mencari waktu yang tepat
  3. memahami kedudukan orang yang ditegur
  4. Penegur juga harus bijak mengawal emosi agar kata-kata yg dikeluarkan tidak keterlaluan
Saling tegur-menegur terutamanya dalam perkara yang berkaitan dengan peningkatan diri dan iman amatlah digalakkan. Dalam surah Al-Asr pun Allah ada pesan:
Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar

Kepada yg ditegur, ambillah teguran positif sebagai satu cara untuk membaiki diri. Cuba amalkan sikap mengambil teguran tanpa melihat siapa yang menegur. Maksudnya, walaupun penegur itu datang dari seburuk-buruk manusia pn, tp kalau apa yg dikatakannya itu adalah benar, xsalah kalau kita ambil kata-kata mereka sebagai satu nasihat. Tanpa teguran yg membina, xmustahil diri akan berada di takuk yg lama, terperangkap di dalam tempurung..

Dan ribuan terima kasih diucapkan kepada mereka2 yg menegur saya seikhlas hati, sama ada secara langsung atau x..Walaupun lambat untuk saya berubah, tapi percayalah yang saya sedang cuba untuk menghadam semua teguran yg diberi.. Teruskan menegur saya, dan inshaAllah saya akn lapangkan dada menerima segala nasihat yg diberi.. Bak kata nenek saya, kalau ada yg menegur,itukan tandanya sayang..=))

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...