SM Abdul Rahman Talib yg terSMART di hati

16-18 haribulan lepas, sya telah pergi ke SMk Abdul Rahman Talib(SMART) atas program Kem Pemantapan Diri di bawah kelab Inspire IIUM. Ktorang telah dberitahu pd mesyuarat sbelum ni yg kata adik2 sekolah kali ini adalah yg the hardcore one. Bermaksud mereka tergolong dalam pelajar2 yg dikategorkan sbgai pelajar yg memerlukan Pemantapan dari segi sahsiah diri..Hmm..

"Kak, kitorang masuk kem nie sbab ktorng budak bermasaalah kan?"
Oops.. xpernah terlintas pun kat fikiran yg adik2 ni akan terus tanya direct cam2..
Patut lar muka msg2 kelat+masam+pahit terlebih rasa bila kami melakukan aktiviti dalam kumpulan. Bila disuruh memperkenalkan diri, mulut msg2 mcm ada batu! Ckp sepatah patah..hehe. Bukannye diorng xkenal satu sama lain..kenal jer sbb semuanya budak asrama tapi bla pergi program yg dipaksa, memang hati tu secara automatik akan berat untuk participate. Yelar, spe suka pergi program atas tiket 'Problematic Students' kan..
Satu yg dapat kami kupas, adik2 ini sangat anti dgn exco asrama-marah mereka bkn sedikit, geram mereka bukan geram2 manja-kalau dibiarkan boleh melarat sampai dendam neh.
Kata mereka, exco2 inilah yg bertngungjawab mnyenaraikan nama mereka utk ke kem ini dan bg mereka, kaki report ini jugalah menjadi dalang utk menconteng minyak gas ke muka mereka dgn mlaporkan perkara2 yg x sepatutnya kepada cikgu! Fuh, memg boleh nmpak ar api tu mnyala2 kat mata adik2 ini di saat menceritakan mengenai exco2 asrama.

Jawapan saya kpd mereka
"Memang org luar boleh cop diri kita macam2- dari sebaik-baik malaikat smpai lar seburuk2 penjenayah.. Tapi bknnya diorang yg boleh menjadikan kita nie mcm yg diorang cakap. Selantang mana pun diorang memburukkan nama kita, menuduh kita macam2, diorang tetap xmampu untuk mengubah diri kita. Yg boleh mencorakkan kamu semua ni pelajar cemerlang er, pelajar bermasaalah er cuma DIRI KAMU sendiri. Jgn kalah dgn Mulut mereka. Diorang bule jer ckap kamu ni kaki ponteng kelas, kaki dtg lambat surau tapi diorang ada er kuasa untuk suruh korang semua buat benda tu?"

Yup, memang saya agak beremosi bila menyentuh soal nie.. Sampai terlanggar etika fasi yg xmembenarkan menggunakan perkataan korang, diorang neh..hehe. Bknnya apa, kadang2, sikap segelintir yg suka sgt dengan tabiat mengecop seseorang nie berdasarkan dari luaran sgt ler mnggeramkan hati dan menyesakkan minda saya! Teringat saya dalam satu kisah di mana Nabi Muhammad s.a.w telah menegur A'isha r.a kerana memanggil salah satu madunya dengan panggilan yg kurang menyenangkan. Kerana cemburu, A'sha telah menggelarkan isteri Rasululullah s.a.w(Xdpt dipastikan nama isteri Baginda s.a.w tersebut) dgn panggilan 'pendek'..
Nabi s.a.w dengan penuh hikmah dan lembut menegur A'sha dengan mengatakan jika perkataan pendek iu boleh dicampak ke dalam laut, nescaya seluruh isi lautan itu tidak boleh digunakan disebabkan buruknya perkataan tersebut! SubhanAllah..
A'sha wanita yg mulia pun telah ditegur dgn kerana telah menggelar seseorang dengan perkataan pendek. Kita yg telah menggelarkan seseorang dgn panggilan yg lebih buruk ni mcm mana pula?

Satu lagi aktiviti yg sempat kami lakukan dengan adik2 ini adalah debat mengenai topik Pembuangan Bayi, Berpunca daripada Siapa-Lelaki atau Perempuan?
Sengaja saya menyuruh kumpulan adik2 lelaki membuat isi ianya berpunca daripada lelaki dan adik2 perempuan akan mempertahankan pendapat mengenai puncanya daripada kaum hawa sendiri.
Dan ini adalah isi dari hati lelaki sendiri kenapa masalah ini berpunca daripada lelaki
  • Mudah tergoda dengan perempuan
  • X cukup iman
  • Mulut lelaki yg manis
  • Terpengaruh dengan video2 yg x senonoh



Dan ini pula ikhlas dari adik2 perempuan

  • Xberpakaian yg menutup aurat
  • Suka menggedik dengan lelaki
  • X menjaga adab2

Sebenarnya banyak jer lagi isi2 dari kedua2 belah pihak nie tapi time ni pulak ler otak ni jamm xdpt nak ingt.>_< Dan part yg paling menarik bagi sya apabila mereka saling memberi nasihat. Lelaki-Perempuan & Perempuan-Lelaki..


Antara pesanan adik lelaki:

  • Korang jagalah aurat tue, pakai baju labuh, tutup dada. Pastu, jgnlah nk goda2 laki..

Dan utusan dari pihak perempuan:

  • Lelaki pon, jangan manis sangt mulut tu.. Masinkan!

Kata2 mereka sempoi & direct, tapi ada benarnya di situ..kan?


Kesimpulanya, walaupun xlama kami bersama, tapi sedikt sebanyak dapat saya baca perangai masing2. Adik2 ini bukannya sukarela mahu terlibat dengan masaalah disiplin, tapi mereka terdidik dengan suasana begitu dan puncanya kebanyakan datang samaada kerana Family Problems or Peer's Influences.. Usaha pihak sekolah untuk mencegah masalah ini daripada peringkat awal tersangatlah dipuji memandangkan masalah sosial yg da semakin parah! Dan yg paling menyedihkan juga kebanyakan yg terlibat dalam masalah ini adalah Muslims.. =(
Program kali ini adalah yg kedua bagi saya dan jika dibandingkan dengan sekolah yg lepas, penatnya lebih terasa dengan program kali ini walaupun adik2 di sekolah dulu lebih ramai dalam kumpulan saya iaitu 11(dan saya harus conduct berseorangan, sedangkan kali ini saya berteman) berbanding kali ini 7 , adik2 sekolah sebelum ini juga lebih mudah untuk cooperate, huhu! Tapi, entah kenapa program kali ini terasa lebih terkesan, mungkin kerana pelajar hardcore lebih dekat dhati?;)






A-T-T-E-N-T-I-O-N

Assalamualaikum..
Here, there's something about Islam that I think U have to know.. =_=
CliCk HeRe!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...